Monday, 26 December 2016

KEPUTUSAN PENUH SSQS 2016



Tahniah Kepada Sekolah Ahli PKG Sebatu. Semoga tahun hadapan semua sekolah PKG sebatu memperoleh 5 bintang.

Thursday, 22 December 2016

MAKLUMAT SEKOLAH-SEKOLAH AHLI PKG SEBATU TAHUN 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Untuk Makluman pihak sekolah kami memerlukan maklumat terkini tahun 2017 bagi mengisi maklumat yang berkaitan untuk disampaikan ke BTPN Melaka.Wakil dari pentadbiran sekolah wajib mengisi maklumat selewat-lewatnya 26/1/2017 kerja sama anda amatlah Kami hargai dan di dahulaui dengan ucapan terima kasih.

sila klik di sini

Sunday, 23 October 2016

Taklimat Profesional Sekolah-sekolah Ahli PKG Sebatu Bil 2/2016



Pada 20/10/2016 PKG Sebatu Telah Mengadakan Taklimat Profesional Sekolah-sekolah Ahli PKG Sebatu Bil 2/2016.Taklimat ini telah dihadiri oleh Pengetua dan Gurubesar Sekolah ahli PKG Sebatu.
Puan Zanariah Binti Ali telah hadir mewakili KPP BTPN Melaka untuk Taklimat kali ini.




Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah Ahli PKG Sebatu Bil 2/2016

Pada 19 Oktober 2016 PKG sebatu telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah Ahli PKG Sebatu Bil 2/2016 yang telah dihadiri oleh 15 Orang guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah Ahli PKG Sbatu 1 orang guru tidak hadir. Encik Ahmad Nizam telah hadir mewakili KPP.




Mesyuarat Jawatankuasa Pembestarian Sekolah Ahli PKG Sebatu Bil 2/2016

Pada 18 Oktober 2016 berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Pembestarian Sekolah Ahli PKG Sebatu Bil 2/2016.
Telah dihadiri wakil KPP Puan Faezah Binti Ali Pegawai BTPN Dari UBest. Seramai 14 orang Guru ICT telah hadir Mesyuarat ini dan 1 Guru tidak sihat dan 1 tidak dapat hadir.




Monday, 10 October 2016

Selamat Datang



Kami bebesar hati menerima kedatangan staf baru .Kami mengucapkan selamat datang dan selamat menjalankan tugas di PKG Sebatu kepada 

PUAN FATEHAHTUL NUR BINTI MOHD SUHAIMI



Wednesday, 3 August 2016

CONTOH TAGGING DI PERALATAN KAMPUS ASTRO


Semua Sekolah Yang Menerima Peralatan Kampus Astro Perlu Tagging Peralatan Tersebut Seperti Contoh yang disertakan dalam gambar.
 Tagging di Peralatan Kampus ASTRO (" SUMBANGAN YAYASAN ASTRO KASIH")

 Tagging ini perlu ditampal pada setiap peralatan Kampus Astro iaitu Televisyen, Dekoder, Rak Kampus Astro, Outdoor(Jika Berkemampuan) kecuali Remote dengan perkataan 
SUMBANGAN YAYASAN ASTRO KASIH.



Sunday, 24 July 2016

SURAT SSQS

 untuk rujukan sekolah-sekolah ahli pkg  surat yang tidak sampai ketangan pihak sekolah boleh rujuk surat di blog pkg ini Terima kasih






Wednesday, 20 July 2016

Selamat Bersara Hajah Siti Jamiah


Kami Warga PKG Sebatu Mengucapkan Selamat Bersara Kepada Pembantu Takbir PKG Sebatu Hajah Siti Jamiah Binti Saiyid Jamal
Semoga Hari-Hari Mendatang Hajah Lebih Bermakna Selepas Bersara ini.
Kami Akan Sentiasa Merindui Suasana Kerja Bersama.Kami mendoakan Hajah Diberi Keshatan Yang Baik.

#SEKALUNG BUDI,TERUKIR MEMORI,KEKAL ABADI#

Thursday, 14 July 2016

SSQS TAHUN 2016




MELAKA
15 Julai - 30 Ogos 2016

Daerah Jasin 15/7/2016-29/7/2016
Daerah Alor Gajah 29/7/2016-14/8/2016
Daerah Melaka Tengah 12/8/2016-26/8/2016



Monday, 27 June 2016

Selamat Hari Raya 2016



KAMI WARGA PUSAT KEGIATAN GURU SEBATU INGIN MENGUCAPKAN 
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN
  


SEMOGA TAHUN INI MEMBERI SERIBU ERTI DALAM KEHIDUPAN KITA SEMUA.DAN KAMI MENDOAKAN AGAR KITA SEMUA SELAMAT DALAM PERJALANAN PULANG KE KAMPUNG DAN BERGEMBIRA BERSAMA INSAN-INSAN YANG KITA SAYANG.

TULUS INGATAN DARI  :

MOHD FARIS IZRA BIN ISMAIL
SITI JAMIAH BINTI SAYIED JAMAL
NORJUWITA BINTI ZAKARIA

Thursday, 26 May 2016

Bengkel Google Apps dan Pengurusan Data Nilam


Pada 11 Mei 2016 PKG Sebatu Dan PKG serkam Telah Mengadakan Bengkel Pengurusan Data NILAM dan Penggunaan Google Apps untuk Sekolah Ahli PKG . Seramai  35 orang telah menghadirkan diri.

Wednesday, 30 March 2016

KURSUS ASAS PENGURUSAN PSS 2016



Surat untuk guru yang terlibat dalam Kursus Asas PSS sekolah.hanya 5 buah sekolah yang terlibat,semua sekolah yang terlibat telah dimaklumkan melalui email dan WhatsApp untuk tindakan 









Tuesday, 22 March 2016

Mesyuarat Jawatankuasa Pembestarian Sekolah PKG Sebatu Bil 1/2016




Mesyuarat Jawatankuasa Pembestarian Sekolah PKG Sebatu bil 1/2016
Tarikh : 10 MAC 2016
Tempat : Bilik Mesyuarat Pkg Sebatu

Mesyuarat Pusat Sumber Sekolah bil 1/2016



Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah Ahli PKG Sebatu 1/2016
Tarikh : 8 MAC 2016 (Selasa)
Tempat : Bilik Mesyuarat Pkg Sebatu

Wednesday, 2 March 2016

MAKLUMAN CIRI BAHARU FROG VLE UNTUK PENGURUSAN ID MURID



PERHATIAN......








Sukacita dimaklumkan, kemudahan bagi membolehkan pentadbir VLE di sekolah untuk mengimpot data murid yang disediakan untuk sistem APDM terus ke sistem pengurusan pengguna VLE bagi pengemaskinian maklumat dan pendaftaran murid secara pukal kini diperkenalkan.

Sehubungan itu, besarlah harapan kami sekiranya pihak YBhg. Datin / tuan / puan dapat memaklumkan kepada pihak / agensi / institusi / sekolah di bawah seliaanYBhg. Datin / tuan / puan akan peningkatan ciri-ciri baharu Frog VLE ini. Mohon dimaklumkan juga nombor talian (018-7998787) dan emel (moesupport@ytlcomms.my) Meja Bantuan 1BestariNet sekiranya pihak sekolah mempunyai sebarang pertanyaan atau pun menghadapi sebarang masalah berkaitan dengan proses import maklumat murid ini.

Bersama-sama ini, dilampirkan sesalinan Standard Operation Procedure (SOP) / panduan operasi berkenaan kemudahan baharu tersebut, untuk makluman dan tindakan YBhg. Datin / tuan / puan jua. Di atas kerjasama dan perhatian YBhg. Datin / tuan / puan berhubung perkara ini, saya dahului dengan ucapan terima kasih.
           
 

Sunday, 28 February 2016

MESYUARAT PERMUAFAKATAN YANG AKAN DIADAKAN DI PKG SEBATU




Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah Ahli PKG Sebatu Bil 1/2016 Pada 08.03.2016

Mesyuarat Jawatankuasa Pembestarian Sekolah Ahli PKG Sebatu Bil 1/2016 Pada 10.03.2016

Taklimat Profesional Sekolah-sekolah Ahli PKG Sebatu 
Bil 1/2016 Pada 22.03.2016

Monday, 4 January 2016

UCAPAN PERUTUSAN PENGARAH JABATAN PELAJARAN MELAKA 2016



Sebagai satu usaha memahami inspirasi, aspirasi, visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) khususnya Jabatan Pendidikan Melaka bagi mencapai hasrat pendidikan seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013 - 2025, pihak sekolah  dipohon untuk menayangkan rakaman perutusan dalam mesyuarat pengurusan sekolah pada awal Januari 2016.

Rakamn tersebut boleh diakses dan dimuat turun melalui portal rasmi Jabatan Pendidikan Melaka (http://jpnmelaka.moe.gov.my/v3/index.php/ms), portal rasmi Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka (http://btpnmel.moe.edu.my/web) dan blog PKG Sebatu.

Laporan pelaksanaan sesi tayangan hendaklah dihantar kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka pada atau sebelum 31 Januari 2015. Bersama ini disertakan format laporan tersebut untuk tindakan pihak tuan.



Muat turun surat arahan rasmi dan format laporan
 Surat dan Borang Laporan


Muat Tutun Video

 video perutusan